spec besar yg over beserta tips memilih cermin mata sesuai

hari ni entry saya bertajuk spec hitam biru coklat pink merah dan yang seangkatan dengannya yang bersize besar... macam ini...










memang betul pemakaian spec yg over size akan buat anda nampak sangat stylo, up to date, cantik, hensem dan................. seperti orang kaya... yess itu yang paling penting sekali...


tetapi apakah impact nye jika anda salah memilih spec... bak kata sepupu aku




"eee... apesal spec dia macam tu... tak kena dengan batang hidung... nampak gonjeng"





jika muka anda bujur sirih hidung mancung belatuk, pakai lah ape fesyen spec pun nescaya akan sesuai dengan bentuk muka korang....

tapi kalau muka bulat seperti dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih hidung pulak pesek berhati-hati la dalam memilih spec besar.... bukan sahaja gonjeng tapi da macam hape da.... hidung dengan spec tak bersentuhan langsung


jangan sesekali berasa diri anda seperti angelina jolie....







PANDUAN: Pilih cermin mata sesuai

* Bentuk muka bujur sirih - sesuai hampir semua bentuk bingkai kaca mata, asalkan tidak terlalu besar.

* Bentuk muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Wajah lebih panjang daripada lebar - bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang ini.

* Bentuk bulat - bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat paling ideal.

* Bentuk empat segi - bingkai berbentuk melengkung untuk wajah. Pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelipis agar rahang tidak terlalu menonjol. Bingkai berbentuk bulat dan bujur paling sesuai.

* Bentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu - bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Elakkan bingkai besar.

* Memiliki hidung kecil - penyambung cermin mata yang terletak pada bahagian tengah cermin mata (di atas hidung) perlu berwarna cerah dan berkedudukan agak tinggi.

* Memiliki hidung panjang - bingkai dengan pemegang yang terletak tinggi pada pelipis dan jauh daripada hidung adalah pilihan terbaik untuk penyambung berganda pada cermin mata juga membantu hidung tampak lebih pendek.

























chulayadagreat

4 comments:



Jatt Hajar said...

Chu, muke org bentuk ape?
Hidung? Cepatlah!
Nak pegi beli spec ni.

suraya said...

ssh betol nk jwb soalan jatt ni... kne tnggu chinese new year nt... huhu

haynee said...

ko kutuk sape ni sue..

suraya said...

aku kutuk ko sbnrnye haynee... haha