khamis malam jumaat

saat entry ni ditulis waktu sekarang adalah khamis malam jumaat (ada ke orang sebut waktu macam ni)

waktu ni semua roh akan naik ke loh mahfuz untuk mintak izin dengan Allah S.W.T untuk turun ke bumi.... tapi hanya roh yang terpilih je dibenarkan... roh-roh yang berbuat baik ketika hidupnya dengan roh-roh yang selalu mendapat doa dari orang yang masih hidup... semoga papa termasuk dalam golongan itu...

bila dah turun ke bumi tempat pertama yang dituju adalah kubur diorang sendiri (sesuai ke perkataan 'diorang', lantaklah...)... diorang nak tengok jasad diorang... lepas tu pergi jengok anak-anak diorang, pergi tengok orang yang menerima harta pusaka diorang dengan pergi tengok orang-orang yang mendoakan mereka....

roh-roh ni turun ke bumi cuma dengan satu niat untuk mengambil bekalan... kalau orang-orang kat bumi ni banyak berdoa untuk diorang roh-roh ni akan balik dengan sangat gembira macam budak-budak nak balik kampung... kalau roh-roh ni tak mendapat apa-apa bekalan roh-roh ni akan balik dengan perasaan yang sangat sedih macam pesalah nak masuk penjara....

semoga papa terpilih untuk turun ke bumi dan dapat tengok aku kat sini.... semoga segala doa aku diterima.... cuma nak papa tau yang aku sangat-sangat rindukan dia....






" ya Allah ya tuhanku tempatkan lah papa di tempat orang yang soleh dan beriman"







Al-fatihah untuk papa





















chulayadagreat

1 comments:



Tun Af'fi Sofyan said...

cuma doa, yang mengikatkan kau dengan arwah, lebih kukuh dari segala ikatan yang ada.

al-fatihah.